STIGMA NEGATIF DAS (DEPRESSIION, ANXIETY, STRESS) DIKURANGKAN DALAM SATU PERKONGSIAN | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » STIGMA NEGATIF DAS (DEPRESSIION, ANXIETY, STRESS) DIKURANGKAN DALAM SATU PERKONGSIAN

STIGMA NEGATIF DAS (DEPRESSIION, ANXIETY, STRESS) DIKURANGKAN DALAM SATU PERKONGSIAN

Oleh : Encik Haniff Abdullah Hashim K.B.;P.A.

SERDANG, 30 April – kaunselor di Bahagian Kaunseling Encik Haniff Abdullah Hashim K.B.;P.A. telah menyampaikan perkongsian berkenaan stigma terhadap Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan di kalangan pelajar kepada peserta program We Care Wellness. Program tersebut adalah anjuran Majlis Perwakilan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (MEHSSCO), yang turut disertai oleh para pelajar Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program berlangsung pada 20 Februari 2024, hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi - 11.00 pagi yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubahan dan Sains Kesihatan, UPM.

Melalui perkongsian tersebut Encik Haniff telah menekankan bahawa perlunya kepada tiga langkah utama dalam berhadapan dengan isu berkaitan kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Langkah tersebut adalah berkaitan dengan pencegahan, memperkukuhkan ketahanan emosi serta pemikiran (resilience) dan intervensi. Menurutnya lagi pada satu-satu tahap kehidupan manusia perkara berkaitan dengan kesihatan mental ini adalah diluar jangkaan, terutamanya dalam keadaan yang serba mencabar seperti masa kini. Justeru, para pelajar perlu sentiasa berada dalam situasi bersedia dengan mempertingkatkan kesedaran (awareness) berkaitan perkara ini.


Para pelajar telah diterapkan dengan pelan tindakan sekiranya berhadapan dengan situasi-situasi tertentu. Para pelajar mempunyai stigma negatif dan merasakan bahawa perbincangan kesihatan mental adalah tabu kerana berkaitan dengan moral dan agama. Walau bagaimana pun melalui perkongsia selama satu jam setengah ini. Para peserta lebih terbuka dan dapat memahami perbezaan antara penyakit mental, kesihatan mental dan perincian berkaiatan kemurungan, kebimbangan dan tekanan.


Pihak penganjur melalui pengarah program mengharapkan kesinambungan kepada program ini dapat diadakan pada masa akan datang. Turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang menghadiri ke program ini dan semoga peserta yang menghadiri program ini menerima manfaat dan memberikan impak baik terhadap kehidupan seharian dan perkongsian bersama rantaian perhubungan sesama manusia.

 

 

 

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
WXFRXAM~