SUMBANGAN BKUPM DALAM ASPIRASI NAIB CANSELOR | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » SUMBANGAN BKUPM DALAM ASPIRASI NAIB CANSELOR

SUMBANGAN BKUPM DALAM ASPIRASI NAIB CANSELOR

NARATIF NAIB CANSELOR 2023

UPM Serdang, 15 Feb  – Naratif Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) diadakan di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM bermula jam 9 pagi. Program ini yang dihadiri oleh semua wakil kakitangan daripada setiap Pusat Tanggungjawab UPM dan disiar secara langsung melalui stream Facebook Rasmi Universiti Putra Malaysia. Naratif kali ini menyampaikan 7 Ikhtiar Naib Canselor selepas menzahirkan 5 Strategi dan 11 Aspirasi dalam naratif tahun lalu bagi mengemudi bahtera UPM demi kelangsungan kecemerlangan UPM.

Naib Canselor, Dato’ Professor Dr. Mohd Roslan Sulaiman sebagai berkata ‘naratif kali ini adalah berdasari kerangka dasar Malaysia Madani dan Perutusan Tahun Baharu 2023 oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, Pendidikan Tinggi : Harapan dan Masa Depan, memacu hala tuju dan perjalanan UPM dalam mengharungi tahun 2023’. Sepanjang 3 tahun ini, UPM melonjak naik ke ranking 123 universiti terbaik dunia dari ranking 143. Dalam pada itu, beliau juga menyatakan 7 ikhtiar baru untuk memacu kecemerlangan UPM iaitu memperteguh sumbangan dalam pertanian dan keterjaminan makanan, menjajarkan penyelidikan dan jaringan ke arah inovasi sosial, menjulang pemerkasaan mahasiswa, memperkemas strategi hijau dan tadbir urus yang baik, memperhebat pendigitalan kampus, mengupaya penjanaan pendapatan dan menyatu kekuatan alumni. Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada wakil PTJ yang menghasilkan penulisan berimpak tinggi.

Dalam sesi lawatan pameran, YBhg Naib Canselor tidak terlepas melawat pameran oleh BKUPM yang mendokong Aspirasi ke 9 iaitu Memperhebat Prakarsa Kesejahteraan Kampus. BKUPM membangunkan Aplikasi Putra Wellness Tracker sebagai salah satu mekanisme digital bagi pengesanan keseimbangan kesejahteraan holitik di kalangan pelajar dan staf UPM.- UPM

 

Sedutan Gambar Majlis Naratif VC UPM

Tarikh Input: 06/03/2023 | Kemaskini: 06/03/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAn~