TAKLIMAT KESEDARAN DAN PEMBUDAYAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM BAHAGIAN KAUNSELING UPM SIRI 1/2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » TAKLIMAT KESEDARAN DAN PEMBUDAYAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM BAHAGIAN KAUNSELING UPM SIRI 1/2023

TAKLIMAT KESEDARAN DAN PEMBUDAYAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM BAHAGIAN KAUNSELING UPM SIRI 1/2023

UPM Serdang, 31 Mei - Program ini adalah program berbentuk latihan untuk warga Bahagian Kaunseling berkaitan kesedaran dan pembudayaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Program ini telah mendapat sokongan yang penuh dari Ketua Bahagian Kaunseling UPM dan kerjasama yang mantap warga Bahagian Kaunseling UPM. Program ini dijalankan pada 18 Mei 2023 bermula jam 10.00 pagi melalui platform atas talian Aplikasi Google Meet.

Program ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pembudayaan berkaitan EKSA kepada warga BKUPM. Walaupun sebelum ini, kesedaran dan pembudayaan EKSA telah menyeluruh, namun lantihan kali ini adalah pendekatan imbas kembali dan menambah idea untuk penambaikan EKSA yang sedia ada. Program ini di telah disampaikan ilmu EKSA daripada Puan Siti Noriza Samad, Fasilitator EKSA UPM. Perkongsian ilmu adalah berkisarkan pemahaman amalan EKSA di UPM dan Contoh idea-idea kreatif untuk EKSA yang dijalankan di PTJ yang lain di UPM. Seramai 18 orang warga BKUPM yang menghadiri program ini. Program ini memberi kesan yang positif kepada pengetahuan dan meningkatkan motivasi semua warga BKUPM untuk membudayakan EKSA secara holistik dan bukan sahaja di tempat kerja malah seluruh kehidupan seharian.

Penceramah, Puan Siti Noriza Samad, Fasilitator EKSA Bahagian Kaunseling menyatakan bahawa Bahagian Kaunseling mempunyai pasukan yang bagus dari segi beri komitmen untuk membudayakan EKSA. Sehubungan itu, potensi EKSA di Bahagian Kaunseling mempunyai harapan yang cerah dan tinggi serta boleh menggapai keputusan yang cemerlang dalam audit akan datang.

 

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCAc~