Tiga Personaliti Sepakat Perangi Dadah | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Tiga Personaliti Sepakat Perangi Dadah

Tiga Personaliti Sepakat Perangi Dadah

SERDANG- Tiga Panel iaitu En. Sharizan Samad, Pegawai Psikologi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Ins. Mohd Amel Husny, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Serdang dan saudara Ahmad Shukry, Timbalan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPPUPM) telah berkongsi tentang bahaya penyalahgunaan dadah di dalam Forum UPM Anti Dadah 2022 (FOUDA 2022). Sehingga 20 Jun 2022 tayangan video FOUDA 2022 di Facebook Bahagian Kaunseling UPM telah mencatatkan sebanyak 1300 tontonan. Melalui forum tersebut ketiga-tiga panel yang mewakili pelbagai latar belakang bersetuju bahawa peperangan dan kempen melawan penyalahgunaan dadah perlu dipergiat.

Mereka turut menyatakan mahasiswa dan masyarakat umum perlu memperkuatkan lokus kawalan dalaman untuk menghindari dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini. Turut ditekankan adalah kepentingan individu mempunyai kemahiran asertif iaitu berani dan tegas dalam menolak ajakan sekiranya ditawarkan untuk mencuba oleh rakan atau orang sekeliling. Para peserta di landasan Facebook dan Zoom Meeting rata-ratanya berpuas hati dengan penganjuran FOUDA 2022. Antara maklumbalas yang diterima adalah forum ini dapat menyedarkan diri tentang ancaman dadah yang meliputi setiap lapisan masyarakat, tindakan undang-undang sekiranya terlibat dan kesedaran peranan yang boleh dimainkan masing-masing. Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan kampus.

Tarikh Input: 28/07/2022 | Kemaskini: 28/07/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeQAp~