Oleh : Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin K.B.;P.A.
SERDANG, 29 Oktober - Webinar Kaunseling Antarabangsa 2024 merupakan satu pendekatan terbaharu yang dilaksanakan oleh Bahagian Kaunseling UPM sempena sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2024. Bahagian Kaunseling UPM telah menyediakan satu medium Webinar yang sangat interaktif, fleksibel dan mudah akses oleh semua peserta program. Webinar Kaunseling Antarabangsa 2024 bertemakan Ketahanan Emosi ini dijalankan bermula 14 Oktober sehingga 31 Oktober 2024.
Webinar ini dilaksanakan dengan enam (6) topik menarik atas perkongsian oleh penceramah yang hebat. Maklumat webinar adalah seperti berikut :
Tajuk: Rahsia Mengawal Mood Anak-Anak
Tarikh : 14 Oktober 2024
Penceramah : Mohd Fhais Salim, Certified Parenting Coach
Sinopsis : Bingung dengan mood anak-anak, inilah cara penyelesaiannya iaitu tip/ teknik kenali, fahami dan amali mengawal mood anak-anak anda.
Tajuk : ‘Bikin Romantis, Pasangan Bahagia’
Tarikh : 17 Oktober 2024
Penceramah : En. Fadzli Aziz, Kaunselor Keluarga
Sinopsis : Jalan keluar untuk membangkitkan kebahagiaan dan nilai tambah kasih sayang kepada pasangan.
Tajuk : Cara Mengurus Emosi dengan O.T.A.K
Tarikh : 27 Oktober 2024
Penceramah : Dato' Dr. Rizal Abu Bakar, Pengasas OCOC
Sinopsis : Teknik dalam penjagaan otak secara total sehingga mencapai mengurus emosi ke tahap maksima.
Tajuk : Kemahiran T.A.H.A.N Untuk Elak Cedera Emosi
Tarikh : 24 Oktober 2024
Penceramah : En. Redzuan Zamberi, Kaunselor BKUPM
Sinopsis : 5 cara terbaik untuk elak cedera emosi dalam apa jua situasi yang mencabar.
Tajuk : GAGALJAYA - Bina kekuatan dari sebuah kegagalan
Tarikh : 21 Oktober 2024
Penceramah : En. Za’im Rosli, Kaunselor BKUPM
Sinopsis : 5 cara terbaik untuk elak cedera emosi dalam apa jua situasi yang mencabar.
Tajuk : Bangkit Selepas Trauma
Tarikh : 31 Oktober 2024
Penceramah : Pn. Kamariah Derasol, Kaunselor BKUPM
Sinopsis : Teknik mencapai kemampuan maksima dalam ketahanan emosi selepas bangkit dari kisah trauma lalu.
Seramai 73 orang peserta dari tempatan dan antarabangsa yang telah menyertai Webinar ini. Peserta telah mendapat akses ke Webinar ini selama satu tahun dengan log in mudah pada paparan muka depan Webinar. Nota kerja dan e-sijil juga disediakan buat semua peserta. Penganjuran Webinar ini memberi impak yang positif kepada peserta kerana peserta didedahkan 45 tip dan teknik dalam meningkatkan ketahanan emosi secara holistik ke tahap maksima. Menurut kata Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan dan Webinar ini, 'Ketahanan Emosi merupakan keperluan untuk menangani tekanan dalam kehidupan' menunjukkan bahawa betapa pentingnya intipati webinar ini diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat.


Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 30/10/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia