Oleh: Puan Noorihayatti binti Noorudin K.B.;P.A.
SERDANG, 14 Jun - Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) telah membuka reruai sempena program Engineering Career Development Day 2024. Program ini telah diadakan pada 12 Jun 2024 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang dan bertempat di Foyer, Fakulti Kejuruteraan UPM.
Reruai pada kali ini menawarkan perkhidmatan bimbingan kaunseling dan kerjaya kepada warga Fakulti Kejuruteraan khususnya dan sekitar umumnya. Aktiviti turun padang ini, merupakan salah satu inisiatif bahagian bagi mempromosikan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya dan secara tidak langsung dapat bersua mesra bersama warga kampus.
Antara Kaunselor yang terlibat dalam menjayakan reruai ialah Puan Noorihayatti, Puan Anis Akmilah dan Puan Izwana. Turut menjayakan program bersama ialah Cik Iffah Jauzi, Cik Najwa Nur Wahida Mohd Tarmizi dan Ong Xin Ting yang merupakan Kaunselor Pelatih dari BKUPM.
Melalui program seumpama ini diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada warga kampus untuk bertemu kaunselor dan mengenali warga BKUPM dengan lebih dekat dan mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan.
Istimewanya, setiap pengunjung yang hadir akan diberikan sebuah buku bertajuk 'Hala Tuju Kerjaya' hasil penulisan para Kaunselor. Terdapat 13 kisah inspirasi Jawatan popular di UPM didedahkan melalui temuramah tokoh-tokoh bagi setiap jawatan.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan buku tersebut, boleh sertai program kami dan berpeluang untuk dapatkan koleksi buku yang lain juga. Untuk maklumat lanjut program akan datang dan perkembangan kami, boleh ikuti kami di media sosial seperti facebook dan instagram Bahagian Kaunseling UPM.
Jutaan terima kasih penganjur dan semua yang terlibat.



Tarikh Input: 30/06/2024 | Kemaskini: 30/06/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia