BENGKEL PENULISAN PSIKOLOGI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » BENGKEL PENULISAN PSIKOLOGI

BENGKEL PENULISAN PSIKOLOGI

UPM Serdang, 15 Mac - Bengkel Penulisan Psikologi ini merupakan satu platform untuk mengumpulkan penulisan-penulisan psikologi daripada kaunselor-kaunselor Bahagian Kaunseling UPM. Antara tema penulisan adalah keluarga, perkahwinan, kesihatan mental, intervensi kaunseling, budaya hidup sihat, kerjaya, persediaan kerjaya, perhubungan dan cinta, terapi dan kepemimpinan.

Pelaksanaan bengkel ini diadakan pada 13 - 15 Mac 2023 bertempat di Bahagian Kaunseling UPM dan L’ Apprenti, Fakulti Sains Teknologi Makanan UPM. Bengkel ini diadakan untuk membantu memperkayakan artikel dan penulisan kaunselor untuk tujuan paparan di laman web BKUPM dan media sosial BKUPM secara berjadual oleh Penyelaras laman web BKUPM. Secara tidak langsung, pewujudan bank artikel ini dapat mengatur dan keperluan tuntutan artikel di laman web dalam tahunan.

Semua kaunselor BKUPM turut serta dalam aktiviti bengkel ini iaitu seramai 12 orang Pegawai. Impak penghasilan bengkel ini dapat merancakkan penulisan psikologi bagi membantu pelajar-pelajar mendapat maklumat-maklumat berkenaan kaunseling dan psikologi serta mereka dapat mengakses penulisan psikologi secara digital iaitu di laman sesawang BKUPM dan media sosial.

Pegawai Kaunselor UPM, Puan Anis Akmilah Mat Hassan selaku penyelaras program menyatakan kesyukuran kerana bengkel penulisan psikologi ini berjalan lancar dan mendapat komitmen jitu daripada semua kaunselor. sebanyak 72 penulisan telah dapat dikumpulkan dan dalam proses penyuntingan dan akan diserahkan kepada penyelaras laman web tidak lama lagi.

 

Tarikh Input: 27/03/2023 | Kemaskini: 31/03/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUA4~