Oleh : Puan Ayna Marliana binti Mohamad Sari
UPM SERDANG, 28 Februari - Bahagian Kaunseling UPM turut sertai Program Senamrobik Perdana dan 10,000 langkah bersama YBhg. Dato' Prof. Naib Canselor sempena pelancaran program PUTRASihat UPM pada 28 Februari 2025 hari jumaat bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi di Foyer Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.
Pelancaran Program PUTRASihat UPM yang telah berlangsung semasa Majlis Perutusan Naib Canselor UPM tahun 2025 pada 24 Januari 2025 merupakan satu inisiatif yang meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus serta menyokong kesihatan menyeluruh di Universiti Putra Malaysia. Bagi menyahut amanat YBhg. Dato' Prof. Naib Canselor, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) menyertai dengan penuh semangat bagi Program Senamrobik Perdana dan 10,000 langkah anjuran Akademi Sukan UPM yang merupakan program pembukaan PUTRASihat.
Penganjuran program ini turut melibatkan kerjasama daripada beberapa Pusat Tanggungjawab iaitu Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSeC), Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK). Ke semua warga kerja BKUPM yang mengayakan tema pakaian berwarna merah turut memeriahkan program berkenaan. Bermula jam 7.30 pagi, ketibaan dan pendaftaran peserta disusuli ketibaan YBhg. Dato' Prof. Naib Canselor UPM dan ucapannya dengan perasmian PUTRASihat 10,000 langkah UPM dan aktiviti dinantikan dengan senamrobik perdana dan akhiri pelepasan peserta. Bagi 700 peserta terawal yang mengumpul cop di setiap empat titik pemeriksaan akan menerima cenderahati pada garisan penamat.
Sebuah program sihat yang menarik dan amat memberi makna buat warga kerja BKUPM! Semoga program ini diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik.


Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 04/03/2025 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia