MAJLIS PENTAULIAHAN AKRAB DAN AKRAB CARE | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » MAJLIS PENTAULIAHAN AKRAB DAN AKRAB CARE

MAJLIS PENTAULIAHAN AKRAB DAN AKRAB CARE

UPM Serdang, 10 Mac - Majlis Pentauliahan AKRAB dan AKRAB CARE merupakan program inisiatif Seksyen Kaunseling Pekerja dengan kerjasama semua warga Seksyen Kaunseling UPM bagi meraikan AKRAB dan AKRAB CARE menerima Sijil Akreditasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Majlis yang diadakan di L' Apprenti UPM telah disempurnakan oleh YBrs. En Muhazam Mansor, Pendaftar UPM.

Program ini sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada ahli AKRAB dan AKRAB CARE yang telah berjaya menghadiri kursus Tahap 1, Tahap 2 dan Pensijilan AKRAB CARE serta lulus dalam penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Disamping itu, turut disampaikan Anugerah AKRAB bagi tahun 2022. Sebanyak tiga anugerah disediakan. Berikut adalah kategori anugerah dan penerima;
Kategori AKRAB Utama: Ustaz Muhammad Norhisyam Nordin
Kategori AKRAB Bestari: Dr. Noris Norowi
Kategori AKRAB Proaktif: Encik Zainal Abidin Shaari

Seramai 39 ahli AKRAB dan AKRAB CARE yang terlibat bagi penerimaan Sijil Pentauliahan daripada JPA. Impak Program adalah untuk menyuntik semangat yang tinggi kepada ahli AKRAB yang akan membantu pihak BKUPM dalam memberikan khidmat bimbingan kepada rakan sekerja yang memerlukan dan membantu UPM dalam pelaksanaan dasar pemisah khususnya.

Diharapkan semua yang telah menerima dan mendapat sijil pentauliahan ini akan terus menyumbang bakti dan memberikan komitmen yang padu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli AKRAB dan AKRAB CARE UPM.

 

Tarikh Input: 24/03/2023 | Kemaskini: 24/03/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAP~