Oleh : Puan Kamariah Derasol K.B.;P.A.
SERDANG, 31 Mei – Program Motivasi Putra Siri 1/2024 bertajuk ‘Ketahui Hak Anda Dalam Perkahwinan’ telah berjaya mendapat penyertaan yang memberansangkan dari warga pekerja UPM. Program ini telah berlansung pada 9 Mei 2024 bermula jam 8:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari di Auditorium Bahagian Kaunseling UPM. Program ii adalah anjuran Seksyen Pembangunanan Kendiri, Bahagian Kaunseling UPM.
Program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Azim bin Khairul Amir dari Pusat Islam UPM. Seterusnya penyelaras program Puan Kamariah Derasol menyampaikan aluan kepada penceramah dan para peserta.
Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Akademik, Pegawai Bukan Akademik dan Pelaksana telah menghadiri program ini. Pihak penganjur juga menyiarkan program ini di siaran lansung facebook dan mendapat lebih 1,100 tontonan.
Penceramah jemputan iaitu Yang Arif Tuan Hj. Azmi bin Ibrahim adalah mantan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Melaka yang berpengalaman luas di dalam bidang undang-undang dan banyak mengendalikan kes berkaitan isu-isu perkahwinan dan kekeluargaan.
Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada warga kampus mendapat ilmu dan pendedahan berkaitan hak – hak di dalam perkahwinan untuk wanita dan lelaki.
Dengan pengetahuan yang jelas mengenai hak yang termaktub di dalam undang-undang, akan dapat mengelakkan dari salah faham, salah laku, kezaliman dan kejahilan.
Para peserta juga diberikan ruang untuk berinteraksi dan bertanya soalan kepada penceramah. Peluang ini dimanafaatkan sebaiknya dan peserta aktif bertanya soalan bagi menambah kefahaman buat diri sendiri dan hadirin yang lain.
Penutup majlis diserikan dengan penyampaian cenderamata penghargaan dari pihak Bahagian Kaunseling UPM yang disampaikan oleh Puan Kamariah Derasol selaku penyelaras program kepada Tuan Haji Azmi b. Ibrahim, penceramah yang tinggi ilmu dan budi bahasanya. Beliau juga menawarkan diri untuk datang semula ke UPM bagi membantu warga kerja UPM mendalami hak lelaki dalam perkongsian akan datang secara percuma.
Program ini diakhiri dengan sesi fotografi bagi mengabadikan memori dan dokumentasi aktiviti BKUPM. Semoga warga UPM mendapat manafaat dan sentiasa menyokong program anjuran Bahagian Kaunseling UPM.



Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 31/05/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia