Program Kunjungan Mesra EXCO AKRAB Bersama Pendaftar UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Program Kunjungan Mesra EXCO AKRAB Bersama Pendaftar UPM

Program Kunjungan Mesra EXCO AKRAB Bersama Pendaftar UPM

UPM Serdang, 23 Jun - Program Kunjungan Mesra EXCO AKRAB Bersama Pendaftar UPM ini merupakan inisiatif Penyelaras AKRAB dengan kerjasama EXCO AKRAB UPM, lantikan baharu sesi 2023-2025. Program ini bertujuan untuk ramah mesra dan memperkenalkan barisan EXCO AKRAB Baharu dengan YBrs. En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM. Program ini telah diadakan pada 16 Jun 2023 hari Jumaat bermula jam 9.00 Pagi sehingga 10.30 Pagi yang bertempat di Bilik Lembaga, Bangunan Canselori, UPM.

 

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan barisan dan EXCO AKRAB baharu serta ahli AKRAB UPM. Selain itu, bertujuan untuk membentangkan perancangan aktiviti dan program tahunan AKRAB dan mengusulkan perkara-perkara yang memerlukan sokongan dan kerjasama dari pihak universiti. Di samping itu juga untuk mendengar harapan Pendaftar buat ahli AKRAB UPM. Pegawai yang terlibat dalam program ini adalah Puan Noorihayatti Noorudin selaku Penyelaras AKRAB dan Puan Kamariah Derasol dari Tim Seksyen Kaunseling Pekerja serta barisan EXCO AKRAB seramai sembilan orang.

 

Impak program adalah dapat beramah mesra dan memperkenalkan barisan EXCO AKRAB Baharu bersama Pendaftar UPM bagi memudahkan segala urusan kerja yang akan dilaksanakan dalam membantu warga kerja dan universiti. Pn. Noorihayatti Noorudin selaku Penyelaras program menyatakan "Setinggi penghargaan kepada YBrs. En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM atas kesudian dan kelapangan masa untuk menerima Kunjungan Mesra ini. Rakaman jutaan terima kasih buat EXCO AKRAB atas segala komitmen dan sokongan yang dihulurkan penuh komited dan padu. Semoga dapat meneruskan kerjasama dan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warga UPM.

 

Tarikh Input: 30/06/2023 | Kemaskini: 30/06/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeWAJ~