Oleh : Puan Wan Azurani binti Wan Ahmad
SERDANG, 8 Januari - Selamat Datang buat Kaunselor Pelatih Bahagian Kaunseling UPM iaitu kepada Saudara Rushan Bin Mazly yang merupakan pelajar Semester sebelas daripada Management and Science University telah melapor diri ke Bahagian Kaunseling UPM pada 16 Disember 2024. Pelajar tersebut, Saudara Rushan Bin Mazly, telah ditempatkan ke Seksyen Kaunseling Kerjaya di bawah Bahagian Kaunseling UPM.
Tempoh Kaunselor Pelatih ini menjalani latihan industri di Bahagian Kaunseling UPM adalah selama enam (6) bulan. Latihan industri merupakan satu elemen yang penting daripada pembelajaran wajib dijalankan oleh pelajar universiti mengikut bidang yang diambil. Latihan industri di Bahagian Kaunseling UPM ini memberi pelajar pendedahan dan pengenalan siswa/siswi mengenai pelbagai aspek, pengalaman baru dan pengetahuan yang bervariasi dalam dunia pekerjaan yang sebenar khusus buat bidang yang diceburi. Pelajar juga didedahkan dengan etika semasa berkerja dan etika pengurusan berkerja serta mempraktikkan pembelajaran dalam kuliah kepada persekitaran kerja sebenar. Sebagai contoh, pelajar yang merupakan Kaunselor Pelatih membuat sesi kaunseling bersama klien dan mengimplementasikan teknik serta teori atau mengaplikasikan inventori/tools dipelajari yang berkaitan dalam pengurusan klien.
Impak pelaksanaan latihan industri ini banyak memberikan manfaat terutama dalam persediaan mental, etika kerja, displin, emosi dan pengurusan masa. Elemen ini penting dalam membentuk sahsiah pelajar dan menjaga nama Universiti pada masyarakat umum. Diakhiri menjalani latihan industri, pelajar akan membuat pembentangan laporan latihan industri kepada warga Bahagian Kaunseling UPM dimana kebiasaanya pembentangan akan diadakan pada minggu akhir pelajar menjalani latihan indsutri. Laporan pembentangan ini juga dihasilkan bagi menjadi rujukan dan bukti terhadap kerja yang dilaksanakan.
Kami di Bahagian Kaunseling UPM mengucapkan tahniah, selamat menjalani latihan industri dan selamat berkerjasama kepada Saudara Rushan Bin Mazly. Semoga sepanjang menjalani latihan industri ini dapat memberi makna yang berharga serta mencipta pengalaman indah bersama sebagai persiapan sebelum menepuhi alam pekerjaan sebenar.

Tarikh Input: 08/01/2025 | Kemaskini: 08/01/2025 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia