Oleh : Encik Ansarul Haq bin Tahrir Adli K.B.;P.A.
UPM SERDANG, 4 Mac - Bahagian Kaunseling UPM dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Saudari Nur Syahida Wirduna Binti Zulkifly dan Saudari Nik Fatin Nur Aqilah Binti Muhammad Hilmi pelajar semester lapan dari Universiti Malaysia Terengganu yang telah melapor diri pada 3 Mac 2025 sebagai Kaunselor Pelatih. Sepanjang tempoh latihan industri, mereka telah ditempatkan di telah ditempatkan ke Seksyen di bawah Bahagian Kaunseling UPM iaitu, Saudari Syahida di Seksyen Kesihatan Mental dan Saudari Aqilah di Seksyen Pembangunan Kendiri.
Latihan industri ini akan berlangsung selama empat (4) bulan dan merupakan satu komponen penting dalam kurikulum akademik. Sepanjang tempoh ini, kedua-dua pelatih akan diberikan pendedahan menyeluruh dalam bidang kaunseling, termasuk mengendalikan sesi kaunseling bersama klien, menerapkan teori dan teknik kaunseling dalam situasi sebenar, serta menggunakan inventori dan alat penilaian dalam pengurusan klien. Selain itu, mereka juga akan mempelajari etika kerja, pengurusan organisasi, serta membangunkan kemahiran profesional sebagai kaunselor masa hadapan.
Pelaksanaan latihan industri ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kaunseling secara praktikal, tetapi juga membantu dalam membentuk persediaan mental, disiplin kerja, serta pengurusan masa dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan sebenar. Di penghujung latihan, pelatih akan membuat pembentangan laporan latihan industri kepada warga Bahagian Kaunseling UPM sebagai bukti pencapaian serta dokumentasi pengalaman mereka sepanjang berada di sini.
Kami di Bahagian Kaunseling UPM mengucapkan tahniah dan selamat menjalani latihan industri kepada Saudari Syahida dan Saudari Aqilah. Semoga pengalaman ini memberi makna yang berharga serta menjadi langkah awal yang bermakna dalam perjalanan mereka sebagai kaunselor profesional.
Sebarang maklumat lanjut dan terkini mengenai Bahagian Kaunseling, boleh layari laman rasmi kami di www.bkupm.edu.my atau di laman media sosial kami di facebook dan instagram @bahagiankaunselingupm

Tarikh Input: 04/03/2025 | Kemaskini: 04/03/2025 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia