4 Petanda Anda Dalam Hubungan Toksik | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 4 Petanda Anda Dalam Hubungan Toksik

4 Petanda Anda Dalam Hubungan Toksik

Oleh : Anis Akmilah binti Mat Hassan K.B,P.A

Hubungan toksik boleh dialami oleh sesiapa sahaja sama ada melibatkan hubungan peribadi, saudara, sahabat, rakan sekerja mahupun ibu bapa dan anak. Hubungan yang baik dapat memberikan rasa tenang, sokongan dan penghargaan antara satu sama lain. Ia bukan hanya boleh dilihat dalam bentuk fizikal dan lisan malah dapat mendukung emosi dan mental antara satu sama lain.
Perhubungan positif adalah perhubungan yang dijalinkan dengan baik, memberikan rasa tenang, saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain. Namun begitu, tidak semua hubungan terjalin dengan baik, dan berakhir menjadi toksik yang boleh menjadikan seseorang merasa tidak bahagia. Hubungan toksik boleh dialami oleh sesiapa sahaja sama ada melibatkan hubungan peribadi, saudara, sahabat, rakan sekerja mahupun ibu bapa dan anak. Meskipun begitu masih ada dalam kalangan kita yang tidak menyedari dirinya telah terjebak dengan perhubungan toksik.
Bagi mengelak anda terjerumus dalam hubungan toksik, jom kita kenalpasti petanda-petandanya. 4 petanda bagi perhubungan toksik antaranya adalah seperti berikut :-

1. Ketidakseimbangan Hubungan :- Ketidakseimbangan perhubungan berlaku apabila ianya tidak ada proses menerima dan memberi. Hanya terdapat satu pihak yang berusaha untuk memberikan yang terbaik termasuk memenuhi keperluan serta memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

2. Isu Kepercayaan :- Dalam sebuah perhubungan, apabila anda sering merasa sedih, marah atau kecewa serta mula meragui kepercayaan pasangan, secara perlahan-lahan akan merosakkan keharmonian perhubungan itu. Hubungan yang mempunyai isu kepercayaan sudah pasti tidak membuatkan anda bahagia.

3. Mula Suka Mengawal : - Boleh berlaku dalam berbagai situasi terutama larangan secara berlebihan untuk anda melakukan sesuatu perkara. Sikap ini boleh mempengaruhi perkembangan mental seterusnya menjauhkan diri daripada orang terdekat sehingga menyebabkan berkurangnya percaya diri.

4. Penderaan Emosi, Lisan atau Penderaan Fizikal :- Dalam sesebuah perhubungan, penderaan merupakan tingkah laku yang salah. Biarpun penderaan emosi atau lisan, ianya bukanlah perkara yang normal dalam perhubungan. Lebih teruk lagi apabila ianya melibatkan penderaan fizikal. Bertindaklah sebelum perkara yang lebih buruk akan berlaku.

 

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcBAY~