5 Prinsip Simpanan Wang | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 5 Prinsip Simpanan Wang

5 Prinsip Simpanan Wang

Oleh : Mohamad Ashaari bin Awab K.B P.A

 

Definisi pengurusan kewangan adalah ‘Merupakan satu cara yang teratur dalam merancang dan mengawal perbelanjaan untuk memenuhi matlamat hidup’. Oleh itu, perkara yang perlu diberi perhatian dalam mengawal perbelanjaan adalah dengan menetapkan juga matlamat kewangan dengan memulakan simpanan. 

Menurut Mohd Zulkifli Shafie, seorang jutawan yang juga penulis buku Wang Emas dan buku Misi Bebas Hutang, terdapat beberapa prinsip penting yang boleh diamalkan untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai. Antaranya adalah;

 

1. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan

Simpanan 10% ini wajib  dijadikan simpanan untuk dilupakan. Maksudnya adalah, bila kita simpan dan jangan diingat-ingat lagi. Sampai satu masa, duit dari simpanan tersebut boleh dimanfaatkan untuk gandakan memulakan perniagaan atau pelaburan.

 

2. Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan 

Contoh tempat simpanan yang agak susah dikeluarkan adalah Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas. Menurut beliau. Sekiranya kita menyimpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali kita ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Jika mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. 

 

3. Pupuk TABIAT menyimpan 

Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan.Sekiranya hanya mampu menyimpan RM 20 sebulan, simpanlah RM10 tersebut kedalam tabung haji atau tempat yang susah dikeluarkan. Selagi kita tak menyimpan wang, selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya!

 

4. Simpan dahulu baru belanja. 

Prinsip ini sangat penting, selepas terima wang gaji, terus asingkan duit yang ingin kita simpan tersebut terlebih dahulu. Boleh buat potongan gaji secara automatik untuk memastikan duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita. Selebihnya baru guna untuk belanja. Risiko sangat tinggi duit tersebut dibelanjakan jika tidak diasingkan awal-awal.

 

5. Letakkan matlamat simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan

Dana kecemasan tu penting sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti hilang pekerjaan disebabkan kesihatan. Namun sekiranya terfikir  untuk berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri dana kecemasan ini juga sangat penting, namun mesti simpan sekurang-kurangnya setahun pendapatan sebagai persediaan. 

 

Kesimpulannya, untuk menyimpan wang, kita perlu ada disiplin seperti contoh yang dinyatakan tersebut. Ia penting sebagai motivasi untuk kita konsisten dalam mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan.

 

Tarikh Input: 29/06/2023 | Kemaskini: 29/06/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcRAL~