7 JAWATAN KERJAYA MENARIK UNTUK PELAJAR BACELOR TEKNOLOGI PINTAR | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 7 JAWATAN KERJAYA MENARIK UNTUK PELAJAR BACELOR TEKNOLOGI PINTAR

7 JAWATAN KERJAYA MENARIK UNTUK PELAJAR BACELOR TEKNOLOGI PINTAR

Penulis : Syarifah Sheril Azlin Binti Syed Baharin K.B,P.A

Siapa di sini dari Fakulti Pertanian, UPM?

Sebagai pelajar Fakulti Pertanian, mesti anda tertanya-tanya apakah jawatan atau kerjaya yang anda boleh ceburi selain pegawai pertanian. Anda berasa keliru dan kurang maklumat.

Tahniah, anda seorang yang bertuah. Kali ini akan dikongsikan berkaitan maklumat kerjaya bagi Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian.
Ada di sini pelajar Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian? Berikut adalah jawatan yang bakal anda sandang apabila tamat pengajian nanti.

1) Pegawai Pertanian / Eksekutif Pertanian / Akuakultur / Ternakan
Tugas jawatan ini ialah merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program Jabatan Pertanian dalam industri tanaman makanan. Selain itu, memberi khidmat kepakaran teknikal pertanian kepada pelanggan melalui program pengembangan Jabatan.

2) Pegawai Penyelidik - Agronomi / Akuakultur / Ternakan
Tugas jawatan ini adalah menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan. Jawatan ini juga bertugas menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara. Selain itu, melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

3) Pengurus - Akuakultur, Ternakan, Ladang / Estet
Pengurus ini bertanggungjawab untuk menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, ekopelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya.

4) Pegawai Agronomi / Hortikultur
Pegawai ini bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program Jabatan Pertanian dalam industri tanaman makanan.

5) Pengurus Nurseri Tanaman
Pengurus ini bertanggungjawab untuk menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti menguruskan nurseri serta urus jual beli tanaman dalam nurseri.

6) Pengurus Pusat Hatceri
Pengurus ini bertanggungjawab untuk menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan pembenihan ikan dan landskap seperti menguruskan pusat hatceri serta urus jual beli ternakan.

7) Usahawan Pembekal Khidmat Teknologi Pertanian Pintar
Usahawan ini bertanggungjawab dalam menjalankan urusniaga menyediakan perkhidmatan menggunakan teknologi pertanian pintar. Menguruskan dalam menyediakan teknologi pertanian pintar kepada petani kecil dan juga pelanggan.

Bagaimana? Anda dapat sesuatu?

Tarikh Input: 24/12/2023 | Kemaskini: 24/12/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcRAC~