ASERTIF KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG KIAN DILUPAKAN | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » ASERTIF KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG KIAN DILUPAKAN

ASERTIF KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG KIAN DILUPAKAN

Penulis : Haniff bin Abdullah Hashim K.B,P.A

Perhubungan persahabatan adalah satu bentuk pertalian yang penting untuk mengekalkan kesejahteraan emosi, saling bantu membantu antara satu sama lain, nasihat menasihati dan melakukan aktiviti bersama-sama. Namun perhubungan persahabatan bukanlah satu rantai yang mengikat setiap ahli dalam sesuatu kumpulan, sehinggakan menyebabkan individu tiada masa untuk melakukan aktiviti peribadi, meneroka minat dan mempertingkatkan kemahiran.
Oleh itu, dalam perhubungan tidak kiralah sama ada kumpulan besar atau kecil. Anda perlulah mempunyai kemahiran asertif, supaya tidak hanyut di dalam perhubungan seterusnya melupakan matlamat dan hala tuju hidup anda sendiri.
Asertif adalah tindakan tegas untuk menyatakan pendapat dan berani menyatakan ya atau tidak apabila menyentuh hak anda. Asertif adalah jalan tengah kepada tindakan agresif, iaitu tindakan hanya mementingkan diri sendiri tanpa menjaga hak orang lain dan pasif iaitu tindakan hanya menurut pihak lain tanpa melindungi hak sendiri. Prinsip asas dalam tindakan asertif adalah menjaga hak sendiri dalam masa tidak mengambil hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
Tindakan anda menolak permintaan rakan untuk menemani rakan menonton wayang kerana perlu menyiapkan tugasan adalah salah satu tindakan asertif. Anda mempertimbangkan baik dan buruk sesuatu perkara dan mengambil keputusan dengan rasional.
Berdasarkan pengalaman, ilmu dan kematangan dalam membezakan antara baik dan buruk. Asertif penting diamalkan dalam setiap segi kemudahan. Melepaskan sikap asertif memungkinkan individu kehilangan jati diri, banyak membuang masa dan mengabaikan kepentingan diri sendiri dari segi akademik, peribadi, akhlak dan halatuju.

Asertif adalah sikap yang boleh dipelajari. kita cuba mempelajarinya dengan menpertingkatkan kepercayaan diri melalui cara memberi pandangan bahawa anda juga layak untuk didengar dan menyatakan pendapat. Selain daripada itu, belajar berkomunikasi dengan baik, mula melatih memberanikan diri semasa berkomunikasi. Memahami kepribadian orang lain yang berbeza dengan diri kita sehingga mudah menerima selisih pendapat dan tidak terbawa perasaan yang tidak perlu. Jangan selalu bersetuju permintaan orang lain, perlu lihat sesuatu perkara tersebut, utama pada diri sendiri. Hargai pendapat orang lain sebagaimana anda ingin dihargai.

Tarikh Input: 27/02/2024 | Kemaskini: 27/02/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcXA2~