CGPA; Dunia Belum Berakhir | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » CGPA; Dunia Belum Berakhir

CGPA; Dunia Belum Berakhir

Oleh : En. Ansarul Haq b. Tahrir Adli

 

CGPA adalah perkara yang sinonim dengan pelajar di universiti. CGPA adalah perkara yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan para pelajar. Semua pelajar ingin mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan kalau boleh ingin mendapatkannya setiap semester. Tetapi pada realitinya dalam kehidupan ini kadang-kadang kita dapat apa yang kita kehendaki dan kadang-kadang sebaliknya. Walaubagaimanapun sekiranya kita tidak dapat apa yang dikehendaki itu tidaklah bermakna kita gagal selamanya. Mungkin ada kekurangan di sebalik tindakan kita sebelum ini. Memang sedih apabila kita berada dalam situasi kejatuhan ini, akan tetapi adakah kita ingin sedih selamanya. Daripada meratapi perkara yang telah berlaku, alangkah baiknya kita belajar memperbaiki kelemahan sebelum ini agar dapat memantapkan tindakan kita pada masa akan datang. Di sini saya akan kongsikan tips untuk terus bangkit daripada kekecewaan yang lepas dan semoga ia bermanfaat kepada anda semua.

 

LANGKAH 1 : BINA MATLAMAT

 

Tetapkan matlamat untuk semester baharu, iaitu hendak mendapat CGPA sebanyak berapa? Matlamat mestilah realistik dengan kemampuan diri. Contoh : Pada semester ini saya nak mencapai CGP sebanyak 3.30

 

LANGKAH 2 : ISU YANG DIHADAPI

 

Senaraikan punca-punca atau isu yang menyebabkan anda mendapat CGPA yang rendah pada semester lepas.

 

Contoh : Pada semester lepas saya hanya mendapat CGP sebanyak 2.50 sahaja. Antara punca saya mendapat CGP yang rendah adalah kerana:

  • Belajar pada saat-saat akhir 
  • Tugasan yang diberikan dilakukan secara sambil lewa 
  • Tugasan dilakukan pada saat-saat akhir 
  • Tidak fokus di dalam kelas 
  • Tidak faham apa yang pensyarah ajar, dan malu hendak bertanya

 

LANGKAH 3 : TINDAKAN

 

Senaraikan tindakan yang akan dilaksanakan bagi mengatasi isu-isu yang disenaraikan pada LANGKAH 2.

Contoh : Tidak akan belajar pada saat-saat akhir – cara atasi adalah dengan membuat jadual waktu belajar.

 

LANGKAH 4 : HALANGAN

 

Senaraikan kemungkinan halangan-halangan yang bakal dihadapi bagi melaksanakan LANGKAH 3.

Contoh : Membuat Jadual Waktu – tidak tahu cara membuat jadual waktu belajar yang efektif

 

LANGKAH 5 : SOKONGAN

 

Senaraikan sokongan-sokongan pihak lain yang dapat membantu anda bagi mengatasi masalah yang dihadapi pada LANGKAH 4.

Contoh: Tidak tahu membuat jadual waktu belajar – boleh dapatkan bantuan dan tunjuk ajar dari Kaunselor, Pensyarah, Rakan Kelas yang dapat keputusan yang cemerlang.

 

LANGKAH 6 : TIME LINE

 

Peringkat ini berkaitan dengan jangkaan bila individu tersebut hendak berubah atau bila hendak melaksanakan segala tindakan yang ingin dilaksanakan. Adakah hendak berubah bermula hari ini, esok, atau pada tarikh-tarikh tertentu.

....................................................................... 

Dipetik daripada buku 170 Kata-kata mendorong menjadi pelajar Hebat.

 

Jom baca lanjut pesanan En. Ansarul bagaimana untuk Bangkit semula selepas menghadapi 'kejatuhan' dalam akademik.

Tarikh Input: 24/05/2021 | Kemaskini: 23/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcQAm~