Kaedah Mengurus Pemikiran Negatif | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Kaedah Mengurus Pemikiran Negatif

Kaedah Mengurus Pemikiran Negatif

Oleh : Puan Kemelia Omar

 

Pemikiran negatif merupakan persepsi, harapan dan deskripsi tentang diri sendiri, orang lain dan persekitaran secara keseluruhan yang diikuti dengan emosi yang negatif yang akan memberikan kesan buruk kepada tingkah laku dan kesihatan seseorang.

 

Individu yang mempunyai pemikiran negatif seringkali hanya melihat dua kategori saja hitam atau putih. Setiap perkara mesti buat semua perkara dengan sempurna kerana jika tidak sempurna, ia adalah satu kegagalan. Contohnya, jika saya tidak dapat masuk kelas yang terbaik, bermakna saya seorang yang tidak berguna.

 

Selain itu, mereka juga sering menyalahkan atau mengkritik diri sendiri serta tidak dapat memaafkan diri sendiri atas apa juga kesilapan. Contohnya, saya rasa saya tidak bagus. Saya banyak kekurangan. Saya tidak cukup pintar. Saya tidak pandai bercakap.

 

Individu yang negatif selalunya banyak mengeluh. Mereka berasa mereka adalah mangsa keadaan. Mereka berasa mereka adalah bos yang pemarah, kawan-kawan yang pemalas, adik-beradik yang tidak membantu atau suami yang tidak bertanggungjawab. Memang sesetengah alasan yang diberikan boleh diterima, tetapi jika mereka menyalahan semua orang, berkemungkinan mereka adalah orang yang negatif.

 

Justeru itu, berikut merupakan kaedah yang anda boleh gunakan untuk menguruskan pemikiran negatif anda.

 

  1. Kenali pemikiran negatif yang muncul
    • Sebagai langkah awal, anda perlulah mengenalpasti dan mencatat pola pemikiran negatif yang ada supaya lebih mudah untuk menyingkirkannya.

 

  1. Mengenalpasti kelebihan diri
    • Cari kelebihan yang ada dalam diri anda agar agar krisis yang dialami boleh ditangani dengan segera.

 

  1. Penerimaan / redha
    • Anda perlulah belajar untuk menerima kekurangan diri dan redha dengan sebarang perkara yang tidak dapat diubah atau dikendalikan.

 

  1. Berkongsi perasaan
    • Anda perlulah berkongsi dengan orang yang dipercayai dan dapat memberikan suasana yang lebih positif seperti kaunselor, ahli keluarga dan teman rapat.

 

  1. Gaya hidup sihat
    • Stres dapat dikurangkan apabila anda sering melakukan aktiviti senaman dan menjaga pengambilan makanan yang seimbang.

 

 

Tarikh Input: 15/12/2021 | Kemaskini: 15/12/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcFAw~