KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! APA BEZA GURU KAUNSELING DENGAN KAUNSELOR? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! APA BEZA GURU KAUNSELING DENGAN KAUNSELOR?

KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! APA BEZA GURU KAUNSELING DENGAN KAUNSELOR?

Oleh : Haniff Abdullah Hashim, K.B, P.A

Pada asasnya guru kaunseling dan kaunselor menjalankan tugas yang hampir sama. Iaitu menjalankan sesi kaunseling serta merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan, perkembangan dan intervensi kepada golongan sasaran masing-masing. Perbezaan utama antara guru kaunseling dan kaunselor adalah tempat perkhidmatan dan kumpulan sasaran klien. Guru kaunseling bertugas pada kebiasaannya di sekolah dengan klien terdiri mereka yang berumur dari 7 tahun sehingga ke 19 tahun (bergantung sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah). Manakala kaunselor pula bertugas di luar persekitaran sekolah dengan kumpulan klien lebih dewasa dan pelbagai, juga bergantung kepada institusi di mana seseorang kaunselor bertugas. Berikut adalah perbandingan ringkas antara guru kaunseling dengan kaunselor.

 

Profesion

Guru Kaunseling

Kaunselor

Tempat

Sekolah

Selain dari sekolah

Umur Kumpulan klien

7 sehingga 19 tahun

Kelompok lebih dewasa – 18 tahun ke atas (kecuali kaunselor yang bertugas di rumah perlindungan kanak-kanak, pesalah juvana, Jabatan kebajikan masyarakat dan beberapa institusi lain berkaitan kanak-kanak)

Perakuan Amalan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia

Pilihan

Wajib

Kelayakan

Minima Bacelor/Sarjana Muda Pendidikan Psikologi Kaunseling atau setaraf

Minima Bacelor/Sarjana Muda Psikologi Kaunseling atau setaraf

Pedagogi dan kursus perguruan

Wajib

Tidak Wajib

Kebenaran Ibu bapa dalam intervensi

Wajib (murid berumur 18 tahun ke bawah)

Tidak perlu (bergantung kepada perundangan institusi dan perintah mahkamah)

 

Pada keseluruhannya guru kaunseling dan kaunselor menjalankan tugas dan tanggungjawab yang hampir sama. Namun mempunyai cabaran dan keperluan tersendiri berdasarkan tempat bertugas masing-masing.

Tarikh Input: 30/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEdCA4~