KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! ORANG YANG PEMALU MACAM SAYA BOLEH DIBANTU UNTUK LEBIH BERANI? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! ORANG YANG PEMALU MACAM SAYA BOLEH DIBANTU UNTUK LEBIH BERANI?

KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! ORANG YANG PEMALU MACAM SAYA BOLEH DIBANTU UNTUK LEBIH BERANI?

OLEH : MUHAMMAD ZA’IM BIN ROSLI K.B,P.A

Semestinya boleh. Setiap insan yang dilahirkan dilengkapi dengan sifat atau perasaan malu dan berani. Malu bukanlah gambaran lemah dan berani bukanlah gambaran kuat bagi seseorang. Kedua-dua potensi emosi ini diperlukan dalam kehidupan harian kita. Tanpa perasaan malu, manusia hidup tiada berbatas manakala berani membabi buta hanya akan membawa binasa.

Maka kedua-dua perasaan ini perlu lah diletak pada tempat yang betul. Ibarat kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Sebagai seorang mahasiswa, perasaan malu tidak bertempat hanya akan merugikan perkembangan profesional diri mereka. Bayangkan seorang mahasiswa malu untuk berkawan, berinteraksi dalam kumpulan, melakukan pembentangan, nescaya individu ini akan keciciran bahkan dilabel sebagai kera sumbang oleh rakan-rakan.

Perasaan berani boleh dibangunkan dan dipupuk dalam diri. Antara latihan yang boleh dilakukan bagi meningkat keberanian adalah dengan melakukan perkara berikut:

1. Ubah Persepsi Diri

Percaya diri dilahirkan dengan seribu satu bakat dan potensi unik. Elak membanding-banding diri dengan orang sekeliling.

2. Sayangi Diri

Berikan kata-kata positif dan indah kepada diri sendiri sekerap yang boleh. Jadikan ia rutin harian bagi makanan minda. Ini akan membantu membentuk konsep kendiri yang lebih positif.

3. Kenalpasti Potensi Diri

Potensi diri yang berjaya digilap dengan baik akan mengubah persepsi individu terhadap dirinya sendiri. Ini akan menambah keyakinan dan keberanian.

Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcSA4~