KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! SAYA NAK BELAJAR TETAPI TIDAK TAHU CARA PALING SESUAI. BOLEH BANTU? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! SAYA NAK BELAJAR TETAPI TIDAK TAHU CARA PALING SESUAI. BOLEH BANTU?

KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! SAYA NAK BELAJAR TETAPI TIDAK TAHU CARA PALING SESUAI. BOLEH BANTU?

OLEH : KAMARIAH BINTI DERASOL K.B,P.A


Setiap individu dilahirkan dengan keunikan dan kelebihan diri masing-masing. Keunikan diri yang dikurniakan Tuhan ini termasuklah cara belajar yang berbeza mengikut gaya dan kesesuaian kecerdasan pelbagai mengikut kecenderungan individu.

Untuk menjawab persoalan ini, kenalpasti apakah masalah yang selalu anda hadapi semasa belajar. Adalah ianya melibatkan daya ingatan? Daya tumpuan yang rendah? Sukar memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah? Dari permasalahan yang dikenal pasti ini, anda boleh berjumpa kaunselor untuk mendapatkan tips dan bimbingan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Selain itu, kaunselor juga boleh membantu anda mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri anda dengan inventori gaya belajar. Apabila anda mengetahui gaya pembelajaran yang bersesuaian, proses memahami, mendapat maklumat, komunikasi dan pembelajaran akan menjadi lebih baik. Secara mudahnya, gaya pembelajaran kepada empat jenis, iaitu VARK, iaitu visual, auditori, membaca/menulis dan kinestetik.

Visual adalah gaya belajar dengan cara melihat. Individu yang dominan visual akan lebih mudah belajar dengan bantuan gambar, infografik, teks dan gambar rajah berwarna warni.

Manakala Auditori pula adalah gaya belajar dengan cara mendengar. Individu yang dominan auditori lebih mudah belajar dan mengingati fakta apabila fokus mendengar apa yang diajar oleh pensyarah. Individu ini juga sesuai belajar dengan membaca kuat, bercakap dengan diri sendiri dan menyertai kumpulan perbincangan (group discussion).

Selain itu, terdapat juga individu yang mempunyai gaya pembelajaran dominan membaca dan menulis. Individu ini akan memerlukan lebih masa untuk membaca dan membuat sendiri nota berdasarkan kefahamannya. Kelebihan mereka adalah dapat mengeluarkan kembali apa yang difahami dalam bentuk penulisan semasa peperiksaan.

Tidak terkecuali, gaya pembelajaran kinestetik. Individu yang dominan kinestetik penuh dengan tenaga dan pergerakan. Sehubungan itu, individu ini suka bergerak semasa belajar. Cara mudah untuk golongan ini memahami sesuatu yang dipelajari adalah dengan mengalami sendiri, melakukan eksperimen, melihat pergerakan, bertukar-tukar tempat belajar. Mereka digalakkan untuk bangun bergerak setiap 30 minit untuk mengelakkan kebosanan semasa belajar.

Untuk makluman, setiap individu tidak semestinya mempunyai hanya satu sahaja gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan dirinya. Ada yang mempunyai 2 atau 3 gaya pembelajaran, berdasarkan tahap fleksibiliti pembelajaran individu. Ada juga individu yang berubah gaya pembelajarannya seiring dengan usia dan tahap pembelajaran yang dilaluinya.

Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya!

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcEAF~