KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! SAYA NAK JADI KAUNSELOR, APA SAYA PERLU BUAT? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! SAYA NAK JADI KAUNSELOR, APA SAYA PERLU BUAT?

KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! SAYA NAK JADI KAUNSELOR, APA SAYA PERLU BUAT?

OLEH : IZWANA BINTI ISMAIL K.B,P.A

Berminat jadi kaunselor? Bagusnya! Jom fahami dahulu mengenai kerjaya kaunselor ini. Definisi istilah kaunselor ditakrifkan sebagai orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah, orang yang mampu memberikan khidmat kaunseling (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Ketiga (2002).

Manakala, merujuk naskah Daftar Awam (Oktober 2001) mendefinisikan kaunselor sebagai profesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pendidikan, pengurusan dan lain-lain. Kaunselor juga mampu bertindak sebagai pembimbing dengan memberi maklumat dan cadangan bagi membantu klien mengenal pasti kebolehan diri serta melakukan perubahan dan membuat keputusan dan menentukan matlamat. Dalam perjawatan kerajaan, jawatan kaunselor dinamakan sebagai Pegawai Psikologi.

Anda boleh merujuk syarat dan kelayakan umum untuk menjadi kaunselor seperti mana di bawah :-

SYARAT DAN KELAYAKAN KAUNSELOR
1) Kelayakan Umum :
· Ijazah sarjana muda dalam bidang kaunseling atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau
· Ijazah dalam bidang lain dan mempunyai sarjana dalam bidang kaunseling.
· Ijazah sarjana muda kepujian serta Diploma in Clinical Psychology atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
· Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
· Namun, keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang behavioural science atau kaunseling.

Bagi mendapatkan informasi bermanfaat berkaitan perkhidmatan kaunseling untuk warga UPM, boleh hubungi kami di Bahagian Kaunseling UPM melalui Tele-Kaunseling Aplikasi Whatsapp di +60 11-5665 6221 atau ke laman web kami di https://bkupm.upm.edu.my/ dan kami turut mengalu-alukan kedatangan pelajar dan staf UPM untuk mendapatkan perkhidmatan di Bahagian Kaunseling UPM.

 

Tarikh Input: 24/12/2023 | Kemaskini: 24/12/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcPAK~