KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! SAYA NAK JUMPA KAUNSELOR, MACAM MANA YA? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! SAYA NAK JUMPA KAUNSELOR, MACAM MANA YA?

KAUNSELOR, SAYA NAK TAHU! SAYA NAK JUMPA KAUNSELOR, MACAM MANA YA?

OLEH : NOORIHAYATTI BINTI NOORUDDIN K.B,P.A

Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) adalah terbuka kepada pelajar dan staf UPM yang aktif sahaja dan perkhidmatan diberikan secara percuma.

Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah sesi kaunseling dan bimbingan melalui pendekatan secara individu atau kelompok.

Bagi mendapatkan perkhidmatan sesi tersebut, anda boleh ;
a. hadir ke pejabat Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM).
b. membuat temujanji melalui WhatsApp BKUPM (011-56656221) atau menghubungi Pejabat Am BKUPM 03-9769 2082.

Kami mempunyai seramai 13 orang Kaunselor Berdaftar yang sedia berkhidmat dan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan pada setiap hari bekerja. Berikut adalah senarai Kaunselor;
1. Dr. Mazila Ghazali
2. Puan Wan Azurani Wan Ahmad
3. Encik Mohd Redzuan Zamberi
4. Encik Mohamad Ashaari Awab
5. Encik Haniff Abdullah Hashim
6. Encik Muhammad Za’im Rosli
7. Puan Kamariah Derasol
8. Puan Noorihayatti Noorudin
9. Puan Anis Akmilah Mat Hassan
10. Puan Kemelia Omar
11. Puan Izwana Ismail
12. Puan Syarifah Sheril Azlin Sy. Baharin
13. Encik Ansarul Haq Tahrir Adli (Cuti Belajar)

Selain dari itu, anda boleh layari laman sesawang BKUPM melalui pautan http://www.bkupm.upm.edu.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Bagi yang ingin mendapatkan temujanji perkhidmatan kami beroperasi seperti berikut;

HARI : ISNIN – KHAMIS
MASA : 8.30 PAGI – 4.30 PETANG
(WAKTU REHAT : 1.00 TENGAH HARI – 2.00 PETANG)

HARI : JUMAAT
MASA : 8.30 PAGI – 4.30 PETANG
(WAKTU REHAT : 12.15 TENGAH HARI – 2.45 PETANG)

Sebagai maklumat tambahan, lokasi kami adalah terletak bersebelahan dengan Kompleks Renang UPM. Semoga infomasi ini dapat membantu dalam memberi pencerahan kepada anda. Terima kasih.

Tarikh Input: 25/09/2023 | Kemaskini: 25/09/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcIAT~