Kemurungan Isnin | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Kemurungan Isnin

Kemurungan Isnin

Oleh : Farah Najwa

 

‘’Arghh malasnya pergi kerja’’ ‘’malasnya pergi kelas’’. Pernahkah anda mengalaminya? Perasaan negatif setelah bercuti pada hujung minggu. Terasa berat untuk mulakan rutin harian terutama pada hari isnin? Iya anda mengalami simptom ‘Monday blues’.

‘Monday Blues’ atau Kemurungan Isnin merujuk kepada simptom tekanan mental yang dialami oleh mereka yang perlu bekerja pada hari Isnin setelah menghabiskan masa hujung minggu bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Keadaan ‘Monday blues’ ini mampu memberi impak kepada prestasi seseorang individu. Mereka yang mengalami ‘Monday blues’ akan kurang daya tumpuan ketika melakukan pekerjaan, kreativiti merosot, kurang bermotivasi dan kurang mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Oleh itu, sangat penting untuk anda mengetahui cara menangani keadaan ‘Monday blues’ ini.

Berikut merupakan antara tips bagi mengatasi keadaan ‘Monday blues’

  1. Cintai rutin harian

Anda seharusnya mencintai rutin yang anda lakukan. Kebanyakan mereka yang menyukai pekerjaan yang sedang mereka lakukan akan cenderung untuk lebih bersemangat bagi memulakan pekerjaan pada  hari isnin.

  1. Manfaatkan hujung minggu

Hujung minggu perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin. Elakkan memikirkan kerja pada hujung minggu kerana fikiran tidak akan dapat beristirehat dengan cukup sekiranya masih memikirkan kerja. Bahagikan masa sebaik mungkin antara urusan kerja dan peribadi.

  1. Mencari Motivasi

Pastikan anda memiliki sumber motivasi untuk mulakan rutin di awal pagi. Contohnya, anda boleh meletakkan kata-kata semangat di paparan skrin komputer anda agar lebih bersemangat untuk memulakan hari yang mendatang.

Kesimpulannya, ‘Monday blues’ ini perlu diatasi kerana ia berkaitan dengan prestasi sebagai pekerja mahupun pelajar. Sekiranya ia tidak diatasi nescaya ia akan berlarutan pada hari-hari mendatang.

Tarikh Input: 23/11/2022 | Kemaskini: 23/11/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcQAv~