Perangkap Masa Lalu Menghalang Individu Maju Ke Hadapan | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Perangkap Masa Lalu Menghalang Individu Maju Ke Hadapan

Perangkap Masa Lalu Menghalang Individu Maju Ke Hadapan

Oleh : Haniff bin Abdullah Hashim

Peristiwa masa lalu, kerap kali membantutkan usaha seseorang untuk maju ke hadapan. Ramai terlekat pada kenangan yang telah lepas. Mereka memikirkan sekiranya bergerak ke masa hadapan, individu, kenangan, dan detik-detik masa lepas yang sangat signifikan dengan dirinya akan luput. Ramai yang tidak mahu perkara ini pergi dari pemikiran mereka, dan membiarkan masa lalu memerangkap mereka sehingga bertahun-tahun lamanya. Malahan sehingga ada yang menyatakan bahawa dirinya telah mati pada masa lalu, dan kini hanya yang tinggal hanyalah adalah jasad tanpa jiwa. Usah begitu, kehidupan adalah mengenai rentetan-rentetan peristiwa yang sentiasa akan berlaku. Jadi ambillah langkah untuk melihat kepada masa hadapan dengan mengambil tindakan pada hari dan waktu ini.

  1. Jadualkan pemikiran untuk mengenangkan pada masa lau – sekiranya sebelum ini sememangnya memeperuntukkan masa yang panjang, lama dan tidak tentu masa mengenang ke masa belakang. Jadualkanlah pemikiran untuk mengenang dalam masa tertentu sahaja. Contohnya dalam sehari hanya dua kali iaitu pada waktu pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang sahaja selama setengah jam. Pada waktu lain sibukkan diri dengan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat. Cuba untuk kurangkan kekerapan memikirkan peristiwa masa lalu dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun. Usah risau dan marah sekiranya tidak seperti dirancang, cubalah lagi sehingga berjaya dan jadilah kreatif dalam menjalankan rutin harian .

 

  1. Berdamai dengan masa lalu – andai ada perkara tidak selesai (unfinish business) antara anda dengan masa lau. Damaikanlah diri anda dengan masa lalu. Ini adalah demi kebaikan diri anda sendiri. Masa lalu tidak rugi sedikit pun tanpa pendamaian ini. Nmaun sebagai individu andalah yang kerugian kerana membiarkan masa berlalu dengan sia-sia dan menjejaskan produktiviti. Malahan boleh megakibatkan terganggunya kesihatan mental dan fizikal.

 

Pejamkan mata, tarik nafas perlahan, tahan dan hembus dengan perlahan. Carilah susana paling tenang, catatkan tarikh dan waktunya. Biarkan kenangan masa lalu hadir dalam pemikiran anda, biarkan ia masuk dengan jelas. Kemudian katakanlah padanya bahawa mulai tika dan saat ini, anda akan berdamai dengannya. Membiarkan ia pergi seperti melepaskan belon gas ke udara, membiarkannya ia terbang tinnggi semakin kecil dari penglihatan dan seterusnya tidak kelihatan lagi. Katakan juga anda tidak peduli sekiranya, sesekali ia datang datang fikiran anda. Katakan pada diri walau sekerap mana ia datang, anda tidak akan mempedulikannya lagi atau sekadar mengerlingnya sepintas lalu tanpa perasaan.

Masa lalu sangat penting untuk dijadikan ibrah dan iktibar. Namun jangan biarkan diri terperangkap pada masa lalu. Cara terbaik melayani masa lalu adalah dengan menanggapinya tanpa emosi, ambil pengajaran darinya dan seterusnya menikmati kehidupan masa kini. Dengan penuh kesedaran, bertindaklah dengan sedaya upaya meningkat kualiti emosi, pemikiran dan tindakan. Sekurangnya-kurang hiduplah dengan niat memberi manfaat kepada orang lain.

 

Tarikh Input: 15/12/2021 | Kemaskini: 15/12/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcRAV~