Kaunselor Turun Padang Untuk Memberikan Bimbingan Kerjaya Kepada Pelajar Pusat Asasi, UPM. | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Kaunselor turun Padang untuk memberikan bimbingan kerjaya kepada pelajar Pusat Asasi, UPM.

Kaunselor turun Padang untuk memberikan bimbingan kerjaya kepada pelajar Pusat Asasi, UPM.

Oleh : Puan Noorihayatti Noorudin K.B.;P.A.

SERDANG, 26 Mac - Program Putra Career Planning adalah inisiatif khusus kepada para pelajar Pusat Asasi Sains UPM. Program ini merupakan anjuran Unit Perancangan Kerjaya, Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) dengan kerjasama Pusat Asasi Sains UPM. Seramai 710 pelajar telah menghadiri program yang telah berlangsung pada 13 Februari-26 Mac 2024.

Sebanyak 20 siri telah dilaksanakan dengan kaedah secara kelompok kecil di mana setiap kelompok akan bersama dengan seorang Pegawai Psikologi. Kaedah ini bagi memberi ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat kerjaya dengan lebih dekat. Sebelum mereka menghadiri program, pada 29 Januari hingga 11 Februari 2024, para pelajar perlu mengambil Ujian Minat Kerjaya terlebih dahulu.

Antara objektif penganjuran program adalah untuk ;

1.Membantu pelajar memahami lebih lanjut mengenai diri (minat, personaliti, kemahiran dan kekuatan).

2.Membantu pelajar mengetahui keselarasan minat kerjaya dan pesekitaran kerja yang bersesuaian dengan diri.

3.Membantu pelajar untuk mendapat celik akal dalam membuat keputusan dalam pemilihan kursus yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia berdasarkan keputusan yang diperolehi.

4.Membantu pelajar untuk merancang kerjaya pilihan.

Melalui program ini diharapkan para pelajar dapat membuat perancangan kerjaya dari awal sebelum memilih dan membuat keputusan dalam meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Muda atau yang berkaitan. Amat penting buat mereka untuk mengetahui perkara tersebut kerana keselarasan antara minat kerjaya dan persekitaran kerja dapat mencetuskan kepuasan serta keseronokan bekerja yang bakal ditempuhi kelak.

Menurut Penyelaras program, Pn. Noorihayatti Noorudin "Alhamdulillah, Syukur kerana program dapat berjalan dengan jayanya hasil kerjasama dan sokongan dari Bahagian Kaunseling UPM dan Pusat Asasi Sains UPM. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen yag padu dan sokongan yang dihulurkan. Semoga para pelajar mendapat manfaat dan dapat membuat perancangan pemilihan kursus yang bersesuaian dengan diri dan mencapai kerjaya idaman."

Dikongsikan juga antara testimoni yang dikongsikan oleh peserta program ;

"Program yang baik kerana dapat memberikan sedikit sebanyak penjelasan tentang kerjaya"

"Program ini membantu saya untuk lebih bersedia memilih kerjaya pada masa datang"

"Program ada matlamat yang jelas dan sangat memuaskan"

"Program ini bagus untuk pelajar yang tidak pasti dengan kerjaya mereka"

"Tambah masa program"

   

  

  

  

  

Tarikh Input: 31/03/2024 | Kemaskini: 31/03/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeRAH~