MAJLIS MAKAN MALAM DAN TAUTAN KASIH ANJURAN KELAB KEBAJIKAN & REKREASI BKUPM TAHUN 2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » MAJLIS MAKAN MALAM DAN TAUTAN KASIH ANJURAN KELAB KEBAJIKAN & REKREASI BKUPM TAHUN 2023

MAJLIS MAKAN MALAM DAN TAUTAN KASIH ANJURAN KELAB KEBAJIKAN & REKREASI BKUPM TAHUN 2023

Oleh: Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin (K.B,P.A)

BANGI, 17 Jan - Majlis Makan Malam dan Tautan Kasih ini adalah merupakan satu usaha yang baik bagi meningkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara warga Bahagian Kaunseling UPM. Majlis ini diadakan untuk sambutan hari kelahiran bagi Sukuan Keempat tahun 2023, sambutan hari persaraan staf buat Puan Noraini binti Nordin dan sesi penyampaian Anugerah Bahagian Kaunseling UPM.

Majlis Makan Malam dan Tautan Kasih diadakan pada 22 Disember 2024 bermula jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam yang bertempat di Sri Bangi Horizon Garden, Bandar Baru Bangi. Majlis ini sebagai tanda penghargaan buat warga BKUPM yang menyambut kelahiran pada Oktober hingga Disember 2024 dan juga penghargaan untuk Puan Noraini yang bersara pada 31 Disember 2024. Disamping itu, turut disampaikan Anugerah Bahagian Kaunseling Tahun 2023. Berikut adalah kategori anugerah dan penerima :

Anugerah Impak Maksima : Puan Syarifah Sheril Azlin
Anugerah Bakti Gemilang : Encik Haniff Abdullah Hashim
Anugerah Bakti Gemilang : Puan Kamariah Derasol
Anugerah Bakti Gemilang : Puan Noraini Nordin
Anugerah Program Terbaik 2023 : Puan Kamariah
Anugerah kehadiran Tip Top : Puan Diyana Paimon
Anugerah Ibu Bapa Pejabat :Puan Wan Azurani
Anugerah Master Chef : Puan Kemelia
Anugerah Penghibur : Encik Mohamad Ashaari
Anugerah Super Worker : Puan Noorihayatti
Anugerah Motivator : Encik Mohamad Zaim
Anugerah Staf Viral :Encik Mohamad Redzuan
Anugerah Staf Kreatif : Puan Anis Akmilah
Anugerah Suara Emas : Puan Izwana
Anugerah Flash Worker : Puan Ayna Marliana
Anugerah Captain Planet : Encik Haironizam

Majlis dihadiri semua warga BKUPM dan ahli keluarga. Semoga majlis ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya dan menjadi kenangan manis buat keluarga Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia.

 

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeRAA~