PUTRA CAREER ADAPTABILITY, BORAK-BORAK KERJAYA SIRI 1 : PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PUTRA CAREER ADAPTABILITY, BORAK-BORAK KERJAYA SIRI 1 : PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA

PUTRA CAREER ADAPTABILITY, BORAK-BORAK KERJAYA SIRI 1 : PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA

UPM Serdang, 17 Mei - Program ini adalah salah satu jalan oleh Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling dengan kerjasama Kolej Tun Dr. Ismail mencapai secara holistik bagi sebaran ilmu berkaitan pembinaan kerjaya. Program ini sangat beruntung kerana penceramah jemputan adalah kaunselor kerjaya yang mempunyai ilmu yang luas dalam bidangnya. Penceramah jemputan adalah Encik Mohamad Zhafri, Kaunselor Kerjaya Pusat Pembangunan Karier, UKM. Program ini telah berlangsung pada tarikh 12 Mei 2023 bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam melalui platform atas talian Aplikasi Google Meet.

Seramai 187 pelajar yang telah menghadiri program ini. Program Putra Career Adaptability, Borak-Borak Kerjaya Siri 1 : Persediaan Membina Kerjaya adalah salah satu program yang telah dirancang oleh Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling dengan kerjasama Kolej Tun Dr. Ismail bagi bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pemahaman tentang persediaan membina kerjaya seawal tahun pertama pengajian sehingga tahun akhir khas buat semua pelajar UPM.

Hasil penilaian program ini adalah 99.5% pemahaman peserta program meningkat tentang kepentingan membuat persediaan membina kerjaya, 98.4% keyakinan diri peserta program meningkat untuk membina kerjaya, 98.4% peserta program menyatakan teknik dan tip untuk membina kerjaya telah mereka pelajari melalui program ini dan 99% menyatakan akan menggunakan ilmu ini dalam kehidupan seharian mereka.

Seorang peserta program, Encik Mohd Fikri mengatakan bahawa 'saya amat gembira dengan ilmu yang disampaikan oleh penceramah Encik Mohamad Zhafri, dan saya rasa tidak puas dan ingin terus menambah ilmu kerjaya kerana ia sangat penting dalam proses membina kerjaya saya'.

 

Tarikh Input: 30/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeRAg~