Bengkel Penulisan Resume Bersama Pelajar Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Bengkel Penulisan Resume Bersama Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Bengkel Penulisan Resume Bersama Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

BENGKEL PENULISAN RESUME BERSAMA PELAJAR FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

SERDANG – Seramai  60 pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Bengkel Penulisan Resume pada  21 Februari 2020. Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) dengan  Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (ComSSA), bertempat di Dewan Kuliah Utama FSKTM.

Program Bengkel Resume ini, merupakan satu program yang dijalankan untuk memberi pendedahan dan penjelasan lebih lanjut mengenai cara menulis resume yang menepati syarat industri masa kini. Resume merupakan satu pengenalan ringkas tentang seseorang yang dijadikan rujukan untuk majikan menilai.Sebuah resume yang berkualiti dan berkesan mampu menjadi tiket untuk pelajar mendapat panggilan temuduga.

 

Antara intipati bengkel adalah meliputi, jenis-jenis resume yang terkini, perkara-perkara yang perlu ada pada resume, tips-tips penulisan resume mengikut kelebihan yang ada pada pelajar, tatacara penghantaran resume dan surat iringan yang perlu disertakan bersama resume.

 

Impak daripada pelaksanaan program ini kepada universiti adalah secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan. Selain itu, kepada para peserta, dengan ilmu yang dipelajari dapat menghasilkan resume yang berkualiti dan akhirnya dapat menawan hati majikan. 

 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

 

 

 

Tarikh Input: 22/05/2020 | Kemaskini: 01/07/2020 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEaQAn~