🎧CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUNSELOR: Kaunselor Mudah Koyak Ke? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » 🎧CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUNSELOR: Kaunselor Mudah Koyak Ke?

🎧CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUNSELOR: Kaunselor Mudah Koyak Ke?

UPM Serdang, 1 September – Cit Cat Putra FM bersama Kaunselor merupakan salah satu inisiatif promosi bahagian, samada bagi tujuan visibility pegawai psikologi BKUPM atau hebahan program. Ianya juga adalah sebagai medium pemindahan ilmu (transfer knowledge) daripada pegawai psikologi BKUPM kepada semua pendengar. Topik yang dibawakan kali ini adalah Cit Cat Putra FM Bersama Kaunselor : Kaunselor Mudah Koyak Ke? Ia ke udara Putra FM pada 22 Ogos 2023 (Selasa) bermula jam 12.00 tengahari sehingga 1.00 petang. 

 

Cit Cat Putra FM bersama Kaunselor pada slot siaran kali ini adalah berkaitan info kerjaya, iaitu 'Kerjaya Kaunselor'. Kerjaya ini merupakan salah satu kerjaya profesional, yang mana untuk diiktiraf sebagai kaunselor berdaftar, individu tersebut perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda ke atas (bidang Kaunseling) dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Selain daripada itu, untuk menjadi seorang kaunselor, seseorang individu itu juga boleh mendapat latihan dalam bidang kaunseling dengan jam kredit yang diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Di dalam slot ini Puan Syarifah Sheril Azlin, yang mana merupakan salah seorang kaunselor di Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM telah memberikan penerangan ringkas dan padat berkaitan profesion Kaunselor. Antara kupasan adalah persoalan mengenai 'Bagaimana ciri-ciri kaunselor yang baik?' 'Bagaimana situasi yang memberikan cabaran dalam kerjaya sebagai kaunselor?', 'Pandangan tentang ‘Kaunselor perlu nampak baik sentiasa’? 'Bagaimana kaunselor mengendalikan emosi dalam memberi bantuan kepada klien sedangkan emosi sendiri juga terganggu?', Bagaimana kaunselor mengimbangi kehidupan dan kerjaya mereka? dan beberapa isu atau persoalan lagi yang boleh dijadikan panduan kepada bakal kaunselor khususnya para pelajar di dalam bidang kaunseling. Antara yang dikongsi oleh Puan Syarifah Sheril Azlin, antara ciri-ciri seorang kaunselor mestilah mempunyai ciri utama seorang pendengar yang baik, menjaga kerahsiaan dan suka membantu. Bantuan yang diberikan melalui sesi kaunseling, adalah untuk manfaat klien agar mereka dapat berdikari apabila berada di dalam situasi getir yang dihadapi.


Beliau juga berkongsi mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh seorang kaunselor, bagaimana cara kaunselor berhadapan dengan klien yang pelbagai latarbelakang dan budaya, stigma tentang kerahsiaan, kepercayaan tentang kredibiliti kaunselor untuk kendali isu, cara pengendalian emosi kaunselor sendiri dan pelbagai tips lagi bagi seorang yang bergelar Kaunselor.
Mengenai pandandan tentang ‘Kaunselor perlu nampak baik sentiasa’? menurut beliau, ianya benar. Namun ia sebenarnya merupakan satu kebaikan buat kaunselor supaya sentiasa menjaga peribadi, menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu ketetapan. Kaunselor juga manusia biasa yang ada juga buat kesilapan, dan pengalaman kesilapan itu juga boleh membangunkan diri dan boleh dijadikan panduan dalam mengendalikan klien. Sekiranya kaunselor di dalam keadaan yang tidak sedia (contohnya emosi), klien dan kaunselor berhak untuk menolak untuk meneruskan sesi tersebut; dan sesi tersebut boleh dirujuk kepada kaunselor lain atas persetujuan klien. Ianya adalah bagi mengelak sebarang impak kurang baik jika sesi diteruskan. Kejelasan dan makluman tentang limitasi perkhidmatan juga adalah perkara penting dalam profesion kaunselor. Kaunselor perlu sering bekerjasama dengan pihak yang lain seperti doktor, peguam, pegawai agama, pegawai keselamatan dan lain lain pakar bagi isu-isu berkaitan. Kaunselor juga perlu sentiasa mendalami dan menambah ilmu pengetahuan mengikut peredaran semasa untuk impak sesi yang lebih berkesan.

Sasaran penglibatan adalah kepada warga UPM dan semua pendengar di PUTRA FM Frenkuensi FM 90.7 MHz (Sekitar Seri Kembangan) dan Facebook Bahagian Kaunseling UPM (https://www.facebook.com/bkupm).

 

Pesanan beliau buat masyarakat yang masih kurang percaya dengan kerjaya sebagai Kaunselor, perkhidmatan kaunseling merupakan perkhidmatan yang sentiasa diperlukan. Sekiranya berminat dengan profesion ini, boleh dapatkan pandangan atau pendapat daripada kaunselor sedia ada, atau mendapatkan pandangan daripada klien (testimoni) yang pernah mendapatkan sesi kaunseling.

 

 

 

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeQAz~