Kursus Pemantapan AKRAB Siri 1 2024 : Intervensi Kewangan | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Kursus Pemantapan AKRAB Siri 1 2024 : Intervensi Kewangan

Kursus Pemantapan AKRAB Siri 1 2024 : Intervensi Kewangan

Oleh : Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.;P.A.

SERDANG, 28 Feb -  Kursus Pemantapan AKRAB Siri 1 2024 : Intervensi Kewangan merupakan inisiatif Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) UPM dan Seksyen Pembangunan Kendiri, Bahagian Kaunseling UPM. Pengarah program Dr. Azlina binti Khir, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia yang juga merupakan Timbalan Pengerusi AKRAB UPM. Penceramah jemputan pada kursus Pemantapan AKRAB pada kali ini Puan Khatijah binti Abd Wahid K.B.;P.A. merupakan Pegawai Psikologi daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam pembinaan Modul Intervensi Kewangan AKRAB peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Program telah berjaya dilaksanakan pada 28 Februari 2024 bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Lokasi program adalah di Auditorium, Bahagian Kaunseling UPM. Kursus ini dijalankan sebagai pemantapan ilmu kepada ahli AKRAB UPM sebagai persediaan untuk menjalankan sesi bimbingan kepada rakan sekerja di Pusat Tanggungjawab masing-masing selaras dengan objektif AKRAB iaitu menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja bagi meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

Seramai 50 orang peserta terdiri dari ahli AKRAB UPM dan Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling UPM telah menyertai program ini. Impak program adalah untuk meningkatkan ilmu dan keyakinan ahli AKRAB UPM dalam menjalankan sesi bimbingan di PTJ masing-masing tentang isu pengurusan kewangan. Selain itu, impak daripada program ini adalah sebagai insiatif merealisasikan misi AKRAB UPM iaitu membantu rakan sekerja yang memerlukan bantuan dalam menghadapi masalah kehidupan. Penyelaras AKRAB UPM, Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.;P.A. berhasrat agar program ini akan dapat memastikan salah satu misi AKRAB dapat di capai iaitu menjadikan AKRAB sebagai perantara antara pegawai di PTJ dengan Pegawai Psikologi BKUPM dalam membuat saringan permasalahan khusunya dalam intervensi pengurusan kewangan. Beliau juga yakin perkara ini dapat dicapai berdasarkan pengisian program yang sangat baik serta komitmen padu yang ditunjukkan oleh ahli AKRAB UPM yang menyertai Kursus pada kali ini. Ustaz Muhammad Norhisyam bin Nordin selaku Pengerusi AKRAB turut memberi ucapan penghargaan atas pelaksanaan program di media sosial dengan menyatakan "AKRAB memainkan peranan penting dalam membantu pihak pengurusan membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan organisasi. Seiring dengan kemajuan dan cabaran persekitaran kerja yang semakin kompleks, peranan AKRAB sebagai agen pemudahcara dilihat sangat signifikan dalam mempertingkatkan pembangunan modal insan di UPM khususnya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Azlina Khir selaku Pengarah program dan barisan jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menggerakkan program kali ini. Semoga Allah SWT memberkati kita semua dan dipermudahkan segala urusan. Amin."

 

  

 

Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 29/02/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcHA0~